10 September 2012

Mari Mengenali 5S

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

1. 5S merujuk kepada konsep pengurusan di dalam bahasa Jepun.

2. Konsep ini adalah:

a. Seiri : Sisih, Sorting. Membawa maksud proses menyisih semua peralatan, bahan, kelengkapan dan lain - lain di tempat kerja. Menyimpan benda yang perlu sahaja. Bahan sisihan dibuang atau disimpan mengikut keperluan. Baik untuk mengurangkan kesesakan di tempat kerja.

b. Seiton : Susun, Stabilizing. Membawa maksud proses menyusun atur kawasan tempat kerja agar bahan dan peralatan dapat dicapai dengan cepat dan mudah. Ada tempat untuk setiap barang, dan setiap barang mesti ada di tempatnya (there's a place for everything, and everything must be in place).

c. Seiso : Sapu, Sweeping. Memberi penekanan terhadap kebersihan kawasan tempat kerja. Tempat kerja yang bersih membuatkan kita seronok untuk bekerja, menambahbaik mutu kesihatan dan mewujudkan kawasan kerja yang selamat.

d. Seiketsu : Seragam, Standardizing. Membawa maksud keseragaman di kawasan tempat kerja. Hal ini merujuk kepada keseragaman piawai dari pelbagai aspek, misalnya susun atur ruang dan peralatan, label pada peralatan dan sebagainya.

e. Shitsuke : Sentiasa Amal, Sustaining the Practice. Amalan 5S bukan amalan bermusim. Atau amalan sekadar untuk mendapatkan pensijilan semata-mata. 5S perlu diamalkan sepanjang masa dan tidak terhad di tempat kerja sahaja.

3. Sudahkan anda bersedia untuk melaksanakan amalan 5S di tempat kerja anda?

admin

No comments:

Post a Comment