29 October 2012

Panduan Amalan 5S Sektor Awam

 

1. Pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) telah menerbitkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam.

2. Panduan ini boleh diakses di alamat URL berikut: http://www.mampu.gov.my/pdf/arkib/buku_5s/index.html

3. Ianya merangkumi penerangan amalan 5S secara umum, panduan pelaksanaan amalan 5S di peringkat Jabatan / Agensi, dan penerangan kaedah pelaksanaan Audit 5S di peringkat Jabatan / Agensi.

4. Kepada ahli Zon Melur khususnya, dan warga KKSL amnya, mungkin panduan ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjayakan Amalan 5S di Kolej Komuniti Selandar.

kredit: MAMPU

admin

Wajah Baru Sudut 5S Zon Melur


 
 
1. Sudut 5S Zon Melur kini berubah wajah.
 
2. Lebih berwarna-warni dan menarik.
 
3. Tahniah kepada ahli Zon Melur yang telah terlibat menyiapkan Sudut 5S yang baru ini.
  
admin

16 October 2012

Tinjauan 5S: Masjid Ar- Rasyidin Alor Gajah

1. Pada 15 Oktober 2012, admin berkesempatan singgah di Masjid Ar-Rasyidin Alor Gajah.

2. Secara kebetulan, masjid ini turut menjalankan kempen amalan persekitaran berkualiti 5S.

3. Kempen ini selari dengan hasrat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk mendapatkan Pensijilan 5S bagi masjid - masjid dibawah kelolaan mereka.

4. Disini admin ingin berkongsi gambar - gambar yang sempat dirakam ketika berada di masjid tersebut.
















 admin

9 October 2012

Tinjauan 5S: Kolej Komuniti Jasin dan Politeknik Merlimau, Melaka


1. Pada 27 September 2012, ahli - ahli Zon Melur telah mengikuti Lawatan Kerja 5S ke Kolej Komuniti Jasin dan Politeknik Merlimau, Melaka bersama - sama dengan pensyarah dan kakitangan Kolej Komuniti Selandar

2. Sepanjang lawatan ini, para peserta telah melihat sendiri bagaimana warga kedua - dua institusi pendidikan  ini melaksanakan amalan 5S di tempat kerja mereka.

3. Ahli - ahli Zon Melur telah mendapat pendedahan berguna daripada lawatan ini dan diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi untuk amalan 5S di Zon Melur.



















admin

20 September 2012

Tinjauan 5S: Zon Nilam, Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan, JPKK

1. Pada 20 hb September, admin telah ke Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan JPKK, Putrajaya atas urusan rasmi.

2. Tidak disangka, unit tersebut ada menjalankan amalan 5S di tempat kerja mereka..

3. Oleh itu, admin ingin berkongsi dengan semua, terutamanya ahli Zon Melur gambar yang sempat admin rakamkan sepanjang di unit tersebut.

4. Moga-moga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada warga 5S KKSL amnya dan ahli Zon Melur khasnya sepanjang Kempen Pelaksanaan Amalan 5S KKSL 2012.











Terima kasih kepada Puan Faredah binti Bachik, PPT, Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan, JPKK

admin

Aktiviti 5S Zon Melur - Bulan September 2012

1. Pada 19 September 2012, Zon Melur telah melaksanakan aktiviti Sisih dan Susun.

2. Kawasan tumpuan pada sesi ini ialah Ruang Legar Kafe dan Bilik Jamuan VIP.

3. Zon Melur kini mempunyai Sudut 5S. Sudut tersebut dahulunya merupakan papan kenyataan aktiviti pelajar.

4. Hampir kesemua ahli Zon Melur telah turun padang bergotong - royong di tempat yang telah ditetapkan.

5. Zon Melur kini berubah wajah sedikit demi sedikit menjadi lebih kemas dan tersusun.









admin



19 September 2012

Pengumuman

1. Aktiviti sisih dan susun di Zon Melur akan diadakan pada Rabu, 19 September 2012 jam 2.30 petang.

2. Tempat - tempat terlibat adalah:

i. Cafe

ii.Surau

iii. Pondok Pengawal

3. Pemeriksaan Audit 5S akan diadakan bermula 19 - 21 September 2012.

4. Diharapkan semua warga Zon Melur dapat memberikan kerjasama sepanjang aktiviti sisih dan susun ini berlangsung.

admin