20 September 2012

Tinjauan 5S: Zon Nilam, Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan, JPKK

1. Pada 20 hb September, admin telah ke Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan JPKK, Putrajaya atas urusan rasmi.

2. Tidak disangka, unit tersebut ada menjalankan amalan 5S di tempat kerja mereka..

3. Oleh itu, admin ingin berkongsi dengan semua, terutamanya ahli Zon Melur gambar yang sempat admin rakamkan sepanjang di unit tersebut.

4. Moga-moga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada warga 5S KKSL amnya dan ahli Zon Melur khasnya sepanjang Kempen Pelaksanaan Amalan 5S KKSL 2012.











Terima kasih kepada Puan Faredah binti Bachik, PPT, Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan, JPKK

admin

Aktiviti 5S Zon Melur - Bulan September 2012

1. Pada 19 September 2012, Zon Melur telah melaksanakan aktiviti Sisih dan Susun.

2. Kawasan tumpuan pada sesi ini ialah Ruang Legar Kafe dan Bilik Jamuan VIP.

3. Zon Melur kini mempunyai Sudut 5S. Sudut tersebut dahulunya merupakan papan kenyataan aktiviti pelajar.

4. Hampir kesemua ahli Zon Melur telah turun padang bergotong - royong di tempat yang telah ditetapkan.

5. Zon Melur kini berubah wajah sedikit demi sedikit menjadi lebih kemas dan tersusun.









admin



19 September 2012

Pengumuman

1. Aktiviti sisih dan susun di Zon Melur akan diadakan pada Rabu, 19 September 2012 jam 2.30 petang.

2. Tempat - tempat terlibat adalah:

i. Cafe

ii.Surau

iii. Pondok Pengawal

3. Pemeriksaan Audit 5S akan diadakan bermula 19 - 21 September 2012.

4. Diharapkan semua warga Zon Melur dapat memberikan kerjasama sepanjang aktiviti sisih dan susun ini berlangsung.

admin


14 September 2012

Kesan Positif Amalan 5S

1. Amalan 5 S melibatkan 5 peringkat secara keseluruhannya: Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal.

2. Berikut adalah kesan positif pelaksanaan amalan 5S di institusi:

i. Sisih: Menjimatkan ruang pada sesuatu kawasan.Mudah mengawal bahan/alatan yang rosak.

ii. Susun: Masa pencarian yang lebih pantas. Mengurangkan kadar kehilangan bahan/alatan.

iii. Sapu: Mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Kerja membersih lebih mudah.

iv. Seragam: Menonjolkan kesatuan dan muafakat. Meningkatkan kecekapan melaksanakan sesuatu proses.

v. Sentiasa Amal: Membantu meningkatkan kualiti kerja. Melatih semangat berdisplin.

3. Amalan 5S membawa banyak kesan positif dalam suasana dan persekitaran tempat kerja dan membantu sesebuah organisasi menyuburkan semangat bekerja yang baik di kalangan kakitangannya.

admin

10 September 2012

Desk Organizers

1. Have a good look into your desk drawer. What's inside?

2. We bet your desk drawer contains lots of stuff, from stationery to coins to papers to name cards to you-know-what...pretty messy inside huh?

3. Enter the desk organizers/storage. As the name suggests, its function is to make it easy for you to store and arrange your office supplies (i.e. stationery items etc.) inside your drawer or on your desk. Another function of this desk organizer/storage is to make it easy for you to locate the items after every use and within reach.

4. Lets have a look on various desk organizers/storages that you might interested in purchasing later. Subject to local availability.

















Aktiviti 5S Zon Melur - Bulan Ogos 2012

1. Pada 15 Ogos 2012, Zon Melur telah melaksanakan aktiviti sisih.

2. Kawasan tumpuan ialah di Surau Utama KKSL dan Pondok Pengawal Keselamatan.

3.Barang - barang dan dokumen lama yang tidak digunakan lagi diasingkan untuk dibuang.

4. Barang - barang ini diberikan tag merah.




admin

Pelan Zon dan Jawatankuasa 5S Zon Melur

1. Pelan Zon 5S Kolej Komuniti Selandar - Zon Melur

*klik gambar untuk saiz sebenar*

2. Jawatankuasa 5S Zon Melur


*klik gambar untuk saiz sebenar*

admin

Mari Mengenali 5S

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

1. 5S merujuk kepada konsep pengurusan di dalam bahasa Jepun.

2. Konsep ini adalah:

a. Seiri : Sisih, Sorting. Membawa maksud proses menyisih semua peralatan, bahan, kelengkapan dan lain - lain di tempat kerja. Menyimpan benda yang perlu sahaja. Bahan sisihan dibuang atau disimpan mengikut keperluan. Baik untuk mengurangkan kesesakan di tempat kerja.

b. Seiton : Susun, Stabilizing. Membawa maksud proses menyusun atur kawasan tempat kerja agar bahan dan peralatan dapat dicapai dengan cepat dan mudah. Ada tempat untuk setiap barang, dan setiap barang mesti ada di tempatnya (there's a place for everything, and everything must be in place).

c. Seiso : Sapu, Sweeping. Memberi penekanan terhadap kebersihan kawasan tempat kerja. Tempat kerja yang bersih membuatkan kita seronok untuk bekerja, menambahbaik mutu kesihatan dan mewujudkan kawasan kerja yang selamat.

d. Seiketsu : Seragam, Standardizing. Membawa maksud keseragaman di kawasan tempat kerja. Hal ini merujuk kepada keseragaman piawai dari pelbagai aspek, misalnya susun atur ruang dan peralatan, label pada peralatan dan sebagainya.

e. Shitsuke : Sentiasa Amal, Sustaining the Practice. Amalan 5S bukan amalan bermusim. Atau amalan sekadar untuk mendapatkan pensijilan semata-mata. 5S perlu diamalkan sepanjang masa dan tidak terhad di tempat kerja sahaja.

3. Sudahkan anda bersedia untuk melaksanakan amalan 5S di tempat kerja anda?

admin

7 September 2012

Selamat Datang

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

1. Selamat datang ke Blog 5S Zon Melur Kolej Komuniti Selandar, Melaka.

2. Blog ini diwujudkan bagi mempromosikan:
 
    i. Kempen Pelaksanaan Amalan 5S Kolej Komuniti Selandar 2012
   ii. Ke Arah Pelaksanaan dan Pensijilan 5S Februari 2013

3. Zon Melur merupakan salah satu daripada 9 Zon Amalan 5S di Kolej Komuniti Selandar. Oleh itu, blog ini juga berfungsi sebagai platform bagi mempromosikan pelaksanaan amalan 5S di Zon Melur.

4. Semoga para pengunjung mendapat manfaat dari isi kandungan yang dipaparkan di blog ini.

admin