14 September 2012

Kesan Positif Amalan 5S

1. Amalan 5 S melibatkan 5 peringkat secara keseluruhannya: Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal.

2. Berikut adalah kesan positif pelaksanaan amalan 5S di institusi:

i. Sisih: Menjimatkan ruang pada sesuatu kawasan.Mudah mengawal bahan/alatan yang rosak.

ii. Susun: Masa pencarian yang lebih pantas. Mengurangkan kadar kehilangan bahan/alatan.

iii. Sapu: Mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Kerja membersih lebih mudah.

iv. Seragam: Menonjolkan kesatuan dan muafakat. Meningkatkan kecekapan melaksanakan sesuatu proses.

v. Sentiasa Amal: Membantu meningkatkan kualiti kerja. Melatih semangat berdisplin.

3. Amalan 5S membawa banyak kesan positif dalam suasana dan persekitaran tempat kerja dan membantu sesebuah organisasi menyuburkan semangat bekerja yang baik di kalangan kakitangannya.

admin

No comments:

Post a Comment